Selangor teruskan pengecualian cukai rumah kos rendah

KERAJAAN Selangor meneruskan sembilan tahun berturut-turut pengecualian cukai taksiran rumah kos rendah tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim berkata, pengecualian tersebut membabitkan nilai berjumlah RM60 juta yang sepatutnya dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Berita baik untuk pemilik rumah kos rendah, kita akan teruskan pengecualian cukai taksiran pada tahun depan,” katanya dalam sidang media di Wisma Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Pengecualian cukai taksiran bagi rumah kos rendah diperkenal Kerajaan Negeri sejak 2016 membabitkan kira-kira 500,000 unit kediaman di semua PBT.

Sementara itu, Suee Lim berkata sebanyak 2,869 rumah dalam kampung tradisi menerima pengecualian cukai taksiran selepas Selangor memperkenal pengecualian bersasar awal tahun ini.

Bagaimanapun, jelasnya, jumlah itu masih rendah berbanding sasaran 5,000 kediaman yang ditetapkan.

“Kita harap ketua kampung dan wakil rakyat turun padang dan bantu penduduk kampung buat permohonan pengecualian. Kita mahu bantu ramai lagi, terutamanya mereka yang tidak berkemampuan,” katanya.

Bermula Januari lalu, Kerajaan Selangor melaksanakan pemberian pengecualian cukai taksiran bagi kediaman kampung secara bersasar.

Sebelum ini, ia diberikan secara automatik bagi tempoh lapan tahun membabitkan jumlah RM91.49 juta daripada 745,790 unit rumah di seluruh Selangor.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut