MPN PKR selar dakwaan parti Semenanjung penjajah, pengkhianat

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyelar dakwaan melabelkan parti-parti yang berpangkalan dari Semenanjung sebagai penjajah dan para pemimpinnya dilabel sebagai pengkhianat.

Setiausahanya, Sazalye Donol Abdullah membidas perkara itu yang ditimbulkan menerusi ucapan Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan semasa Majlis Pelancaran Pemuda GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Beliau berkata, ucapan yang dikeluarkan itu amat keterlaluan dan berbentuk hasutan serta tidak sensitif terhadap kestabilan dan keamanan negara terutama di Sabah.

“Keberadaan parti-parti yang berpangkalan dari Semenanjung Malaysia tidak melanggar Perlembagaan Malaysia manakala pemimpin-pemimpinnya pula bukanlah pengkhianat seperti yang dilabel dan dituduh oleh beliau.

“Melabel dan menuduh dengan tuduhan liar tersebut amat tidak bertanggungjawab dan boleh dikategorikan berbentuk hasutan.

“PKR Sabah memahami dan menghormati tuntutan hak-hak dalam MA63 tetapi perlulah dibuat dengan berhemah dan dengan semangat kekeluargaan selaras dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut Sazalye, hak-hak yang telah dikembalikan semula setakat ini adalah atas inisiatif dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dituntut secara rasmi oleh mana-mana pihak semasa Kerajaan Madani.

“Kami mencabar agar beliau segera keluar dari gabungan Kerajaan Perpaduan jika sudah tidak boleh bekerjasama dengan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala