Lompatan oleh ahli politik ‘pencen’ perkara biasa

PUTRAJAYA – Bekas ahli politik yang kembali aktif dan menyertai parti lain bukanlah perkara pelik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu bukan mengejutkan apatah lagi jika membabitkan individu yang pernah melompat parti sebelum ini.

“Saya rasa bukan sesuatu yang pelik sebab bekas Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin daripada UMNO… dia pergi Bersatu, kemudian pergi ke PKR.

“Jadi, tiada apa-apa kejutan… kalau dia sebelum ini belum pernah melompat ke parti lain, ia mungkin satu kejutan buat kita.

“Tapi, sebab dia pernah melompat ke parti Bersatu dan kemudian ke PKR… ini perkara biasa bagi dia,” katanya selepas Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, petang tadi.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan Zahidi yang kembali semula dalam arena politik selepas hampir dua tahun menyepi dan menyertai PKR.

Ketika disoal mengenai gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya gabungan parti itu melepaskan ego demi mencapai kepentingan politik negara, Wan Rosdy berkata, parti perlu mencipta perubahan supaya kelihatan releven.

“Parti kita kena nampak selalu relevan. Kita perlu mencipta perubahan supaya nampak releven dan kewujudan kita diterima oleh masyarakat,” jelasnya.

Related Posts

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0