Pengusaha tiram Kg Lentuong Tuaran buktikan usaha gigihnya berhasil

TUARAN – Seorang pengusaha tiram, Lakin Rajin, 62, dari Kampung Lentuong, membuktikan bahawa usaha gigih dan kesabaran mampu mengatasi cabaran dalam industri ternakan tiram.

Dia berkongsi pengalaman panjangnya selama 37 tahun dalam mengembangkan industri yang dahulunya kurang dikenali.

Menurut Lakin, industri ternakan tiram pada mulanya sukar kerana kekurangan permintaan dan pengetahuan masyarakat tentang makanan laut ini.

Namun, selepas beberapa tahun permintaan mula meningkat dan menjadikan usaha ini lebih mapan.

Kini, dia memiliki kawasan ternakan tiram seluas 10 hektar yang menghasilkan tiram dengan saiz purata empat hingga lima inci yang boleh memenuhi permintaan dari dalam dan luar negara.

“Tahun 2008, kami pernah menghantar tiram ke Johor dan pada baru-baru ini, ada permintaan sebanyak tiga tan sebulan tetapi kami masih belum bersedia sepenuhnya kerana cabaran penyimpanan stok.

“Harga tiram mentah dahulu sekitar RM5 sekilogram, sekarang RM8 sekilogram dan setelah dikukus harganya sampai RM11 sekilogram,” katanya ketika ditemui sempena rakaman ‘Apa Khabar Orang Kampung Akuakultur Tiram’ di sini pada Sabtu.

Jelas beliau, walaupun harga meningkat, permintaan tetap stabil khususnya dari restoran dan individu dari Sarawak, Labuan dan luar negara seperti China.

Tambahnya lagi, pelancong dari negara China juga tidak ketinggalan menjadikan tiram sebagai buah tangan untuk dibawa pulang dengan jumlah mencecah 100 hingga 200 kilogram (kg).

Sebagai pengusaha yang menerima sokongan daripada Jabatan Perikanan dan kerajaan, dia bersyukur dengan bantuan berupa peralatan seperti kayu dan pondok dapat meningkatkan kapasiti ternakan.

Bagaimanapun, Lakin juga mengakui masih ada cabaran dalam mendapatkan bantuan tambahan untuk mengembangkan kawasan ternakan dan meningkatkan kapasiti eksport.

“Kami juga perlu memantau kualiti air untuk memastikan tiram selamat dimakan. Jika tahap pencemaran meningkat kami akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan stok tetap selamat,” jelasnya.

Selain menjadi pengusaha tiram, pada masa sama Lakin sebagai Ketua Kg Lentoung berkata turut menggalakkan para penduduk kampung untuk menceburi perusahaan sumber laut ini bagi menambah pendapatan keluarga.

“Saya selalu pesan walaupun ternakan ini memerlukan usaha lebih namun hasilnya mampu menampung kehidupan keluarga dan memberikan masa depan yang lebih baik untuk generasi seterusnya.

“Pendapatan bulanan kasar paling rendah sekitar RM4,000 hingga RM5,000,” kongsinya.

Kongsinya lagi akan terus komited untuk memperluaskan operasi dan memberi inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk memanfaatkan sumber laut dengan bijak.

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi