Rakyat Selangor, jom serbu Jualan Termurah Madani esok!

RAKYAT Selangor terutama yang tinggal di sekitar dan berhampiran Parlimen Gombak dijemput hadir ke Jualan Termurah Madani (JTM) dan Jualan Rahmah Madani (JRM) peringkat negeri Selangor, esok.

Kedua-dua program akan diadakan serentak di tapak pasar malam Taman Pinggiran, Batu Caves, bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“Orang ramai berpeluang membeli produk makanan asas utama seperti ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barang kawalan dan runcit yang dijual pada harga murah.

“Jualan Termurah Madani ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat dan membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, ayuh rakyat Selangor turun ke program ini dan jangan lepaskan peluang ini,” menurut kenyataan urusetia JTM, hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka merasmikan program JTM ini.

Program JTM ini adalah inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang julung kali diadakan di Bukit Mertajam pada Februari lalu.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut