Dakwaan doktor dipukul sehingga trauma, JKN Perak teruskan siasatan

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman ekoran dakwaan seorang doktor muda yang dipukul seorang penolong pegawai perubatan dalam kejadian lima bulan lalu ketika dia masih dalam perkhidmatan di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Pengarah JKN Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, jawatankuasa tersebut ditubuhkan selepas pihaknya menerima aduan pada 4 Jun lalu.

Ujarnya, doktor muda terbabit telah memuat naik status berhubung insiden tersebut dalam akaun Facebook milik beliau baru-baru ini.

“Sebuah Jawatankuasa Siasatan Dalaman telah ditubuhkan dan siasatan telah dilaksanakan pada 12 Jun lalu. Hasil siasatan mendapati bahawa aduan tersebut adalah berasas.

“Susulan itu, Pengarah Hospital berkenaan telah mengeluarkan surat teguran kepada pegawai yang terlibat pada 31 Julai lalu.

“Surat pemakluman hasil siasatan dalaman telah dihantar kepada pengadu pada 1 Ogos 2024,”jelasnya dalam satu kenyataan.

Mangsa, Aidid Nawawi Ghazali, telah berkongsi cerita di akaun Facebooknya berkaitan kejadian hitam yang dialaminya menyebabkan dia trauma sehingga kini.

Dakwanya, penolong pegawai tersebut yang dikenali sebagai Mr.H bertindak memukulnya tanpa sebab.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Dr Feisul, JKN Perak turut menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi insiden tersebut.

“Kita juga telah menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada pengadu,”katanya.

Ujar beliau lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius sebarang perlakuan buli atau penggunaan kekerasan di tempat kerja.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan