Murid 10 tahun ditendang, ditumbuk cikgu

SEORANG murid berusia 10 tahun dipercayai ditendang muka dan ditumbuk serta direntap rambut dan diseret oleh guru sekolahnya yang ketika ini sedang tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook yang dimiliki Herman Sudil, dia meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan perbuatan guru berkenaan.

Dia mempersoalkan tindakan guru lelaki tersebut yang disifatkan keterlaluan.

“Boleh ke cikgu lelaki sekolah sepak muka budak 10 tahun? Selepas tu bila budak jatuh menangis dia tumbuk pulak! Lepas tu rentap rambut dan seret budak punya rambut sampai ke ofis.

“Sebab dia takde mak bapak, cikgu berani buat bergitu kepada #anaktbq?

“Sebab dia duduk di rumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang? Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak,” tulisnya menerusu hantaran di Facebook.

Katanya lagi, walau macamana nakal sekali pun murid tersebut, guru terbabit perlu ikut peraturan termasuk dibebarkan merotan jika buat salah.

“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Pendidikan (KPM) bukan belasah budak ikut nafsu sampai blue black muka budak.

“TBQ Amal akan buat laporan polis dan serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakkan yang sewajarnya. Mohon share agar perkara ini dinoktahkan disemua sekolah,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu semalam.

“Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kes tersebut pada 5 Disember 2024 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat,” katanya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU