Kenyataan media adendum penahanan rumah adalah palsu – Zaliha

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menafikan kenyataan media yang tular mengenai adendum penahanan rumah yang dikaitkan dengan dirinya.

Menurut Dr. Zaliha Mustafa, kenyataan media yang bertarikh 6 Disember itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang ditularkan sebelum ini serta akan mengambil tindakan terhadap pelaku.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” ujar kenyataan itu.

Semalam, Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan bagi membuktikan wujudnya perintah tambahan yang membenarkannya menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

Bekas perdana menteri itu bergantung kepada bukti baharu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman agar kerajaan melaksanakan titah diraja yang dikeluarkan oleh Sultan Abdullah.

Anak sulung Najib, Mohamad Nizar juga didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan semalam, peguam Shafee Abdullah berkata, dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Related Posts

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

PUTRAJAYA – Usaha pencegahan awal rasuah perlu diperkukuh dengan mengenal pasti serta menangani kelemahan yang berpotensi membuka ruang terhadap amalan tidak beretika itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri