Bukan batu bersurat, hanya batu berukir di Gunung Ledang

BATU bersurat yang ditemui di puncak Gunung Ledang di Johor, seperti yang tular di media sosial hanyalah berstatus batu berukir.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Taufik Bahar berkata, objek yang ditemui orang ramai di puncak gunung itu sebenarnya tidak tergolong dalam kategori batu bersurat.

Beliau berkata, berdasarkan hasil semakan di Arkib Negara Malaysia Johor, ia lebih kepada catatan atau pun contengan yang dibuat orang ramai yang mendaki gunung terbabit.

“Perbadanan Taman Negara Johor mengetahui kewujudan sebuah batu berukir di kawasan Gunung Ledang namun, batu ini tidak tergolong dalam kategori batu bersurat yang secara sejarah biasanya mengandungi teks formal atau dokumen penting.

“Melalui semakan dengan pihak berwajib seperti Arkib Negara Malaysia Johor, batu berukir ini dikenal pasti bukan batu bersurat yang mempunyai nilai sejarah atau dokumen rasmi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut. berdasarkan hasil penelitian, ukiran tersebut sering kali berbentuk nama, tarikh, atau mesej peribadi sebagai tanda kenangan.

“Namun begitu, Perbadanan Taman Negara Johor mengalu-alukan pakar sejarah atau mana-mana pihak yang ingin menjalankan kajian terhadap batu berukir tersebut,” katanya.

Sebelum ini ada pihak menggesa Jabatan Warisan Negara segera menyiasat ‘misteri’ di sebalik batu bersurat yang ditemui di puncak Gunung Ledang.

Hal itu berlaku selepas timbul pertikaian sama ada objek tersebut benar-benar artifak purba atau sekadar goresan bebas pada era kemudian.

Ia juga dikaitkan dengan mitos Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan