Tiga musibah Melayu

SEKURANG-KURANGNYA tiga musibah dikesan sedang mendepani Melayu di negara ini.

Pertama, Melayu berdepan hasutan membenci kerajaan.

Pembenci Kerajaan Perpaduan melihat cara terbaik untuk berkuasa adalah dengan cara membina naratif buruk agar Melayu menjadi antikerajaan.

Oleh sebab itu, sebarang usaha kerajaan menguruskan negara perlu diletak label hitam.

Akibatnya, kerajaan sukar melaksana kerja tetapi yang akhirnya kerugian itu Melayu sendiri.

Kedua, Melayu berdepan hasutan membenci bangsa lain di negara ini sekali pun yang dibenci itu juga warganegara.

Pembenci kerajaan yang sebenarnya kemaruk kuasa ini berterusan menanam naratif bahawa bangsa asing perlu dicurigai dan dimusuhi.

Mereka dilabel sebagai pihak yang cuba merampas kuasa dan sesiapa yang berbaik-baik dengan mereka perlu dijauhi.

Paling teruk, Melayu disemai ‘semangat kebangsaan’ dan ‘jihad’ agar bangsa lain tidak dilihat mempunyai ‘hak asas’ yang sama dengan Melayu.

Ketiga, Melayu berdepan hasutan bahawa negara sedang diancam anasir luar.

Antara anasir luar itu yang dikatakan akan mengancam negara ini melalui tali barutnya ialah Israel, Yahudi, dan China.

Dituang racun prasangka ke dalam minda Melayu bahawa sebahagian pemimpin kerajaan sekarang merupakan tali barut anasir luar itu.

Oleh sebab itu, Melayu tidak boleh percaya sangat kepada sesiapa pun dalam Kerajaan Perpaduan kerana mereka akan menghancurkan negara.

Demikianlah sekurang-kurangnya tiga musibah yang dikesan sedang dilaksanakan ke atas Melayu.

Pemusibahan itu dilaksanakan tanpa henti oleh pembenci kerajaan kerana mereka mendapati naratif sedemikian sangat laris dan diterima oleh majoriti Melayu.

Rugilah sebenarnya Melayu yang terhasut itu dan beruntunglah Melayu yang menolaknya.

Hanya Melayu yang bijaksana mampu menangkis pemusibahan itu.

Marilah kita menjadi Melayu yang bijaksana.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

  • By Fandi
  • September 15, 2026
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

  • By Ithma
  • September 15, 2026
Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang