
LABUAN – Orang ramai dijemput menyertai Pertandingan Jelajah Geopark Labuan yang akan diadakan pada 15 Disember depan.
Pertandingan berkenaan bakal berlangsung di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bermula pukul 8 pagi.
Antara cabaran menarik menanti termasuk peluang merebut hadiah lumayan sambil menjelajah keindahan Geopark Labuan.
Hadiah menarik menanti 10 pemenang berupa wang tunai berjumlah RM1,000 untuk tempat pertama, RM700 tempat kedua, RM500 untuk tempat ketiga, RM300 tempat keempat, RM250 tempat kelima dan manakala tempat keenam hingga ke-10 akan menerima RM100.
Penyertaan hanya terhad kepada 30 kumpulan dengan yuran penyertaan RM15 untuk setiap kumpulan.
Peserta boleh mendaftar sekarang di pautan https://forms.gle/VdCUXPibDY62oH2H8
Pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota dipenuhi. Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian WhatsApp Belia Kitani di 018-8748965.



