Polis Kelantan sedia berdepan gelombang kedua banjir

POLIS Kelantan bersiap siaga menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini, dengan segala aset diperlukan diaktifkan, termasuk helikopter.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, helikopter itu kini berada di Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Chepa.

“Kita sudah bersiap sedia…. daerah mana akan difokuskan belum diputuskan.

“Apa pun kita akan rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dari semasa ke semasa,” katanya.

MET Malaysia semalam menjangkakan luruan monsun berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember, berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung.

Berdasarkan analisis model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang hari ini sehingga awal pagi esok.

Mengenai situasi banjir di Kelantan, Mohd Yusoff memberitahu Berita Harian, sejak semalam hujan tidak lagi melanda dan paras air di sesetengah tempat mulai surut, manakala mangsa berlindung pusat pemindahan sementara (PPS) sudah berkurangan.

“Sedikit sahaja berlaku penurunan sama ada paras air atau mangsa di PPS… kami juga menerima laporan mengenai dua rumah runtuh serta empat jalan rosak serta terputus di daerah ini.

“Empat jalan terbabit adalah Jalan Jubakar Pantai-Taman Sri Bayu, Jalan Sungai Tapang Kampung Jubakar Pantai, jalan utama Kampung Tujoh dan Jalan Kampung Baru Nelayan.

“Menjelang gelombang kedua nanti, kita nasihatkan penduduk di lokasi berisiko untuk berpindah awal kerana ketika banjir lalu ramai berpindah tergesa-gesa,” katanya lagi.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok