RM22.5 juta dianggar kos baiki jalan rosak di Kelantan akibat banjir

KOS membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi jalan persekutuan terdapat 12 lokasi terjejas banjir yang mengakibatkan lapan tanah runtuh, dua bahu jalan runtuh dan dua jalan mendap yang memerlukan kos pembaikan dianggar RM16 juta.

“Bagi jalan negeri, terdapat empat lokasi terjejas mengakibatkan dua jalan runtuh, satu bahu jalan rosak dan satu jalan mendap dengan anggaran kos pembaikan RM6.5 juta,” katanya kepada pemberita di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Bharu pada Isnin.

Ahmad berkata, peruntukan akan diusahakan melalui peruntukan tambahan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atas sebab kerosakan akibat bencana dan sesuatu kerosakan lazimnya mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki.

“Banjir ada gelombang… gelombang satu, dua dan tiga. Kita terpaksa tunggu dan lihat dalam masa beberapa minggu dikhuatiri apabila kita baiki awal, berlaku lagi banjir,” lapor Bernama di Kelantan.

Ahmad berkata, Monsun Timur Laut yang melanda tahun ini tidak menjejaskan kemajuan projek utama di negeri ini seperti Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

“Ketika kita memberikan projek-projek berkaitan, anggaran masa yang kita berikan kepada pihak yang mendapat projek seperti sekolah, jambatan, balai polis dan pusat kesihatan contohnya, mengambil kira Monsun Timur Laut.

“Sebagai contoh, stadium untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Bukit Merbau Pasir Putih dijangka siap 2026 dan hospital Bachok telah mula beroperasi semalam,” katanya.

Beliau berkata, antara jalan negeri yang paling teruk terkesan ialah Jalan Gua Musang-Jelawang dan ADUN Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga meminta membina satu jambatan Bailey, yang tidak dapat dilakukan kerana tiada jalan alternatif di situ.

“Kawasan itu tiada jalan alternatif dan tidak boleh dibuat lencongan kerana berada di kawasan tinggi. Jika dibina jambatan Bailey pun akan terpaksa dibuka kemudian, jadi lebih baik dibuat jambatan kekal,” katanya.

Related Posts

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

LAPORAN Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dianggap sebagai noktah, sebaliknya sebarang persoalan yang masih belum terjawab perlu disusuli siasatan lanjut. Penganalisis ekonomi, Prof Profesor Emeritus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot

Harmony Walk 2026 di Kuching Waterfront ditangguh akibat kualiti udara merosot