PM puji usaha GLC, bank salur bantuan banjir

USAHA syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bank tempatan wajar dipuji dalam menangani musibah banjir dibeberapa buah negeri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“GLC di bawah Khazanah Nasional Berhad, Petroliam Nasional Berhad (Petronas), dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) telah menggerakkan syarikat mereka, dan bank tempatan juga telah mengambil langkah proaktif untuk membantu,” katanya semasa Mesyuarat Perdana Menteri bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

“Adalah ideal dalam situasi sekarang untuk menawarkan bukan sahaja dana tetapi juga peralatan. Biarkan setiap syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, dan Pulau Pinang turun padang,” katanya.

“Kita juga memperuntukkan dana tambahan untuk membaiki sekolah, pusat pemindahan sementara (PPS), tandas, dan lain-lain,” katanya.

Baru-baru ini, beliau telah melawat kawasan yang dilanda banjir melahirkan rasa kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dan penduduk terjejas.

“Saya amat terharu. Walaupun keselesaan tempat perlindungan terhad, saya bersyukur dan bangga dengan perkhidmatan yang diberikan,” katanya

Turut hadir sama dalam lawatan berkenaan adalah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.

Dalam ucapannya lagi, Anwar menyeru agar penjawat awam memenuhi jangkaan orang ramai dengan peningkatan prestasi berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), yang berkuat kuasa bulan ini.

“Seperti yang saya gesa, ini adalah satu pengiktirafan yang kami percaya adil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kakitangan tentang jangkaan tinggi yang datang dengan imbuhan yang disemak semula.

“Saya hanya berharap, pada masa hadapan, kita memastikan prestasi yang lebih baik, seperti yang dijangkakan rakyat,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Nadma, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara dijangka berkurangan minggu depan, susulan ramalan penurunan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz