KDN beri jaminan keselamatan harta benda mangsa banjir dipantau

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan 1,672 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 818 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke kawasan banjir.

KDN menerusi kenyataan memaklumkan, PDRM turut mengerakkan 230 aset kenderaan dan peralatan kecemasan termasuk 68 buah bot, 152 buah kenderaan pacuan empat roda, 51 buah lori, 15 buah kereta peronda, 13 buah van, dan sebuah helikopter.

Jelas KDN, anggota Rela pula telah ditugaskan di kawasan terlibat banjir dan di 706 pusat pemindahan sementara.

“Pasukan tersebut berperanan antaranya bagi pemindahan mangsa, kawalan keselamatan dan trafik, rondaan dan pemantauan kawasan berisiko bencana, penugasan di PPS dan pusat pangkalan bekalan hadapan, operasi pencarian dan penyelamatan serta penugasan pasca bencana banjir.

“KDN dan agensi di bawahnya sentiasa cakna dan prihatin dengan situasi semasa musibah banjir yang melanda negara ketika ini dan akan sedaya-upaya memberikan bantuan berkewajaran dari segi tenaga, logistik, aset, dan seumpamanya, bagi memastikan mangsa banjir disantuni sewajarnya.

“KDN menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan perkembangan terkini bencana banjir dengan mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan pengumuman semasa yang sahih melalui pihak berkuasa di samping media massa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, KDN menegaskan, Skuad Ihsan Madani KDN juga telah bersiap siaga untuk bantuan pasca banjir yang akan membantu mangsa banjir dan kerja pembersihan.

“Selain PDRM dan Rela turut terlibat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“KDN memberikan jaminan bahawa keselamatan harta benda mangsa-mangsa banjir sentiasa dipantau,” katanya.

Tambahnya, JPN dan JIM akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil lahir dan pasport secara percuma kepada semua mangsa banjir.

KDN memaklumkan, perkhidmatan penggantian dokumen penting oleh JPN akan turut disediakan melalui bas bergerak di kawasan-kawasan yang terkesan.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa merujuk maklumat dan perkembangan cuaca terkini yang dapat diperoleh menerusi media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma), aplikasi myCuaca.

“Mereka juga boleh menghubugi MET Malaysia menerusi talian 1-300-22-1638, Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM menerusi talian 03-22663333 / 03-22663444 / 03-22663451 atau menghubungi talian MERS 999 untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz