Dua tahun penuh suka dan duka Kerajaan Madani

DATUK Seri Anwar Ibrahim merungkai dan menyahut cabaran besar bagi mengemudi negara pada 22 November 2022 dalam melaksanakan dasar-dasar baharu untuk pembangunan masa depan rakyat.

Menempuh realiti bagi menangani pelbagai blok campuran dan ideologi membawa Anwar ke suatu lembaran dalam memegang tampuk kepimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penganalisis Sosiopolitik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, cabarannya bermula apabila Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Kerajaan Perpaduan dibina oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi ditolak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“YDPA menitahkan PN untuk bekerjasama dengan PH bagi membentuk Kerajaan Perpaduan tetapi PN yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin menolak untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Lantas, YDPA menitahkan pembentukan kerajaan kepada BN dan GPS pula menyerahkan kepada kebijaksanaan YDPA untuk menentukannya.

“Makanya apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan ini membawa kepada sebuah kerajaan yang kukuh dan meliputi dua per tiga Parlimen,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Hasil persefahaman itu, maka terbina kerjasama antara PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 24 November 2022.

Blok ini terbentuk buat kali pertama sebagai “rakan komponen” yang sebelum PRU15 adalah seteru tetapi berdiri bersama dalam membangunkan negara.

Pada 19 Januari 2023, Anwar memperkenalkan konsep ‘Malaysia Madani’ bagi merapatkan jurang antara mereka dan gagasan ini menjadi salam perkenalan untuk menjayakan setiap aspirasi rakyat.

Sementara itu, Awang Azman berkata, dalam tempoh 12 bulan pertama pemerintahan Kerajaan Madani, Pas tetap tidak goyah menjalankan propaganda dan memberikan gambaran negatif sebagai hasutan.

Beliau berkata, taktik “cukup jumlah” ini adalah merupakan helah semata-mata dalam menjaga hati penyokong Pas dan menonjolkan diri mereka mempunyai kredibiliti dalam membentuk kerajaan.

“Walaupun dari semasa ke semasa dalam tempoh 12 bulan. Pas dan PN cuba menyebarkan propaganda kononnya mereka masih lagi cukup jumlah tetapi kita tahu bahawa apa-apa yang diproganda oleh mereka sebenarnya kepada untuk menjaga hati penyokong yang dijanjikan mereka mampu membentuk kerajaan.

“Pada tahun pertama kita lihat, cabaran Pas untuk mempertikaikan Kerajaan perpaduan menerusi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

“Sehingga kini tiada pihak pembangkang membuat undi tidak percaya kepada Kerajaan Perpaduan. Ini menunjukkan kestabilan politik pada tahun pertama dan menjadi asas untuk Kerajaan Perpaduan dalam melaksanakan inisiatif program pembangunan yang pelbagai seperti ekonomi, sosial, bantuan kewangan dan sebagainya,” katanya.

Melewati tahun kedua Kerajaan Madani, Perdana Menteri begitu aktif mengadakan lawatan di pelbagai negara bertujuan untuk menarik pelabur dan meningkatkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan dunia dan penyertaan Malaysia dalam BRICS dan tidak lupa juga suara Malaysia menentang kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Pada tahun kedua, PM mengadakan lawatan di pelbagai negara bertujuan untuk menarik pelabur dan meningkatkan hubungan dengan kerajaan-kerajaan dunia terutamanya dalam membawa isu Palestin di peringkat sejagat secara lebih menyeluruh.

“Jadi apabila PM ke luar negara ini, berjaya memberi impak dari segi tarikan pelabur, hubungan diplomatik, tentang BRICS. Selain itu negara berjaya mencapai kadar inflasi yang begitu rendah, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan, kadar pengangguran rendah.

“Situasi ini memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk bergerak ke hadapan dengan tambahan tarikan pelabur-pelabur luar,” ujarnya.

Kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 telah turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan KDNK yang kukuh sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Di tambah pula, Malaysia juga bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean pada tahun depan, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.

Pada 21 November, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi penarafan gred D iaitu 45.8 peratus terhadap prestasi pemerintahan Kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini mencetuskan perdebatan ramai.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Awang Azman berkata, kerajaan tidak usah melayan ‘omongan kosong’ daripada Bersih ini kerana tidak bersifat realistik.

“Soalnya mengapa NGO tidak memberikan prestasi pembangkang, adakah mereka mendapat ‘A’ atau pun ‘F’? Bersih ini adalah NGO bukan pertubuhan audit negara atau antarabangsa.

“Mereka tidak tunjuk apa pun metodologinya. Kerajaan perlu menganggap mereka sebagai terikat dengan ideolisme tidak realistik dalam dunia nyata,” katanya.

Sehingga hari ini (2 Disember) Perdana Menteri tidak putus-putus mendahului rakyat, mengumumkan kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan untuk tindakan susulan pascabanjir yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Lima negeri yang terlibat banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat