Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan

AlLOR SETAR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, memastikan keselamatan dan kualiti makanan amat penting, selain mengawal penularan penyakit bawaan banjir sepanjang tempoh bencana ini.

“Paling mustahak pastikan tiada kes keracunan makanan atau penyakit yang berkaitan dengan banjir. Buat masa ini, tiada kes penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus).

“Selepas banjir, kemungkinan wabak denggi akan memerlukan pemantauan rapi. Apa-apa pun, yang paling penting, sesiapa yang memerlukan rawatan khusus akan dipindahkan, misalnya bagi rawatan hemodialisis,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, dekat sini, hari ini.

Beliau turut berkata pihaknya berpuas hati dengan pengurusan fasiliti kesihatan di negeri ini yang setakat ini berada dalam keadaan terkawal dan maklumkan Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus memantau dan menambah baik kualiti perkhidmatan mereka.

Dzulkefly berkata fasiliti kesihatan di bawah KKM yang terjejas akibat banjir telah dipindahkan ke lokasi terdekat bagi memastikan perkhidmatan rawatan dapat diteruskan seperti biasa walaupun dalam situasi bencana.

“Kami berharap cuaca akan bertambah baik selepas ini dan diharapkan juga cuaca di negara jiran akan reda supaya limpahan air dari sana tidak menjejaskan kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata petugas KKM sepanjang tempoh banjir akan diarahkan membantu fasiliti yang memerlukan jika perlu.

“Misalnya mungkin ada petugas dihantar ke negeri lain atau ke daerah lain dalam negeri yang sama untuk membantu,” katanya.

Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,754 orang daripada 2,671 keluarga sejak bencana itu melanda negeri tersebut pada Rabu lalu.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula