Mee Tauhu menu wajib cari di Tawau

TAWAU – “Kalau di Kota Kinabalu selalu saya sarapan roti canai, tapi kalau saya datang Tawau, memang saya akan cari Mee Tauhu.”

Demikian kata-kata Mohd Faiz Jomrah, 25, berasal dari Kota Kinabalu yang pasti mencari Mee Tauhu setiap kali berkunjung ke Tawau kerana keunikan rasa menu tersebut.

“Mee Tauhu memang unik dan memang sedap dan hanya di Tawau sahaja yang ada lain daripada yang lain.

“Selain rasanya yang unik, sudah tentu berpatutan harganya malah lebih murah dan ini menjadi pilihan menu utama,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di Restoran Mee Tauhu Borneo di sini pada Jumaat.

Sementara itu, seorang penduduk Tawau, Mohammad Ali Japar, 41, berkata, walaupun Tawau merupakan daerah yang kaya dengan variasi makanan, Mee Tauhu tetap digemari kerana kuantitinya yang memuaskan dan mengenyangkan.

“Dengan harga yang berbaloi serendah RM5 sahaja, pelanggan sudah boleh menikmati hidangan yang mengenyangkan sehingga ke petang.

“Di Tawau banyak restoran menawarkan menu tersebut tapi saya tetap memilih Mee Tauhu Borneo ini sebab rasanya ‘ngam’ di tekak.

“Setiap pagi sebelum ke pasar Tanjung membuka jualan sayur, kami akan singgah bersarapan di sini (Mee Tauhu Borneo),” ujarnya.

Hidangan Mee Tauhu sememangnya menjadi antara pilihan wajib di setiap restoran sekitar Tawau berikutan hidangannya yang ringkas, sedap dan mengenyangkan.

Bahan menu tersebut iaitu mi yang digoreng, tauhu sumbat goreng yang dituang dengan kuah istimewa kicap tauhu masak taucu bersama-sama limau dan sambal lada hijau selain menjadikan telur mata sapi atau peria sumbat sebagai pilihan tambahan.


Pemilik premis Mee Tauhu Borneo pasangan suami isteri Hamjad Khan, 37, dan Mazwin Mijal, 33, mengusahakan perniagaan Mee Tauhu sejak Julai 2014 di Ba Zhong Commercial Center bermula seawal pukul 5.30 pagi hingga 2 petang.

Hamjad berkata, sebelum ini dia merupakan seorang penjawat awam bagaimanapun meletak jawatan dan memulakan perniagaan tersebut bersama isterinya.

“Banyak cabaran fizikal mental dan prosedur dalam menjalani perniagaan berasaskan penyediaan makanan ini dan sudah tentu pihak kami berusaha untuk menjamin kualiti makanan dan memantau makanan pelanggan agar terus mengikut standard.

“Alhamdulillah rezeki Allah SWT dan sebelum membuka restoran memang saya tidak tahu apa-apa tentang Mee Tauhu tapi sokongan isteri, saya cuba masak dan tidak sangka resepi itu sesuai dengan selera pelanggan.

“Di sini, kami tidak menyediakan mi dengan tauhu biasa sahaja tetapi kami ada menyediakan tauhu ‘terbalik’, tauhu cheese dan dua jenis mi goreng iaitu mi kuning atau bihun sebagai pilihan selain turut menawarkan menu sarapan nasi kuning,” tambahnya.

Hamjad turut menzahirkan kesyukuran berikutan sambutan ramai masyarakat Tawau termasuk beberapa artis tempatan yang pernah mengunjungi restoran itu seperti Datuk Amy Search, Ampal dan MK K-Clique.

“Alhamdulillah restoran kami juga pernah dikunjungi orang dalam dan luar negara seperti dari Jepun, Australia dan China di samping turut menerima tempahan menerusi ‘Food Panda’ dan Misi Food Delivery,” katanya.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan