Dr Maza saman GISBH RM10 juta

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, memfailkan saman terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dengan menuntut ganti rugi RM10 juta.

Ini susulan beliau didakwa memfitnah hendak menjatuhkan perniagaan syarikat itu.

Melalui saman difailkan pada 1 Oktober lalu, Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza selaku plaintif tunggal, turut menamakan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISBH, Mokhtar Tajuddin, sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan difailkan melalui firma guaman, Tetuan Faizal Rahman & Co, Mohd Asri mendakwa defendan pertama (GISBH) menyiarkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran dalam akaun Facebook rasmi defendan pertama atas nama ‘GISB Holdings Sdn Bhd’ berserta sebuah poster untuk tontonan umum pada 28 Ogos lalu.

Menurut plaintif, melalui sidang media pada 29 Ogos lalu pula, defendan didakwa mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud Mohd Asri memfitnah dan menyebarkan pernyataan palsu, selain menimbulkan persepsi buruk mengenai syarikat berkenaan.

Dr Maza mendakwa kenyataan itu antara lain menggambarkan beliau memfitnah organisasi berkenaan dan mempunyai niat untuk menjatuhkan perniagaan defendan.

Ketika kenyataan berkenaan disiarkan, Dr Maza berkata, beliau menerima surat tuntutan daripada defendan yang mendakwa bahawa beliau memfitnah mereka.

Dr Maza mendakwa, surat tuntutan itu antara lain membawa maksud beliau menuduh defendan pertama tanpa usul periksa dan membuat dakwaan palsu terhadap GISBH.

“Kenyataan berbaur fitnah itu kemudian diulang pada sidang media oleh GISBH yang disiarkan melalui Facebook Live dan Ikhwan TV.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di laman sosial terbabit pada sidang media itu menyebabkan saya ‘dibicarakan oleh orang awam’.

“Ia juga telah menafikan hak saya untuk menjawab surat tuntutan oleh GISBH,” lapor BH pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Maza memohon supaya defendan membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, ganti rugi am, kos, faedah serta memohon relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Plaintif juga memohon supaya defendan membuat draf permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman, dan menerbitkan draf terbabit antaranya dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, New Straits Times dan Facebook defendan secara bertulis selama 30 hari.

Turut dimohon ialah defendan memadamkan pernyataan fitnah itu daripada semua laman sesawang dan media sosial, termasuk Facebook, Twitter, Blogspot, TikTok dan Instagram bawah kawalan defendan.

Related Posts

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

KUALA LUMPUR – Konsep Malaysia MADANI bukan sekadar slogan atau retorik kerajaan, sebaliknya falsafah pembangunan yang mempunyai asas pemikiran mendalam dan perlu difahami secara menyeluruh oleh semua pihak, kata Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Saya tidak mengkritik UMNO, saya mengkritik pemimpin UMNO.” Itu penegasan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, susulan persoalan mengenai tindakannya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

  • By Fatin
  • September 12, 2026
Kerajaan sedia pelan tindakan hadapi jerebu, persediaan Sukan SEA berjalan lancar – Mordi

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

MADANI bukan sekadar slogan, fahami sejarah dan falsafahnya – Jufitri

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

Saya kritik pemimpin, bukan UMNO – Puad Zarkashi

MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
MA63 perlu diterjemah kepada kekuatan ekonomi Sabah, bukan sekadar kerusi dan peruntukan

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz

Zahid tak puas hati, bangkit dalam Kabinet atau keluar kerajaan – Mahfuz