Boleh guna MRSM sebagai PPS

MAKTAB Rendah Sains MARA (MRSM) di Kelantan boleh digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di sekiranya PPS sedia ada sudah penuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ketika ini, PPS sedia ada di Kelantan sebanyak 550.

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana putuskan bagi kawasan yang PPS sudah penuh, kebenaran khas diberikan untuk membuka PPS baru di MRSM.

“Ia termasuk MRSM di Tumpat. Setakat ini, di Kalantan PPS yang berdaftar adalah sebanyak 550 PPS,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, hari ini.

Turut serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Sehingga jam 3 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 64,937 membabitkan 20,207 keluarga dipindahkan ke 237 PPS.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 22,225 orang.

Pada masa sama, Ahmad Zahid mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menghantar khemah yang terdapat di negeri yang belum dilanda banjir ke Kelantan.

Katanya, ia berikutan beliau dimaklumkan berlaku kekurangan khemah di Kelantan.

“Saya dapat maklumat terdapat kekurangan khemah dan saya sudah mengarahkan NADMA menghantar segera khemah berkenaan.

“Khemah di negeri yang belum dilanda banjir perlu dihantar ke Kelantan,” katanya.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar