ATM guna trak bawa calon SPM dari kawasan pedalaman

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digunakan bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pedalaman ke pusat peperiksaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan sudah dilakukan dengan ATM sebelum ini.

“Kita ambil beberapa pendekatan bagi anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPM pada 2 Disember ini.

“Saya sudah koordinasi dengan ATM… trak tentera digunakan untuk mengambil calon SPM di pedalaman ke pusat peperiksaan.

“Justeru, mohon guru dan pengetua supaya dapat koordinasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid memaklumkan lebih 7,000 pegawai dan anggota pasukan keselamatan diatur gerak ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

Katanya, pelbagai aset juga turut dihantar sejak lapan hari lalu bagi melancarkan operasi menyelamat.

Related Posts

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

ROMPIN – Kerajaan terus mengiktiraf peranan dan suara masyarakat Orang Asli dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar