Anwar pemimpin ke-17 kaya di dunia, AMK Pulau Pinang kecam tohmahan ADUN Pas

KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fadzli Roslan mengecam sekeras-kerasnya tindakan ADUN Penaga dari Pas, Mohd Yusni Mat Piah yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin ke-17 terkaya di dunia dengan memetik sumber tidak sahih iaitu ‘Love Money’.

Katanya, susulan dari tohmahan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, beliau mendesak tindakan segera dan tegas diambil bagi memastikan institusi DUN tidak dicemari dengan fitnah.

“Saya mencadangkan ADUN itu digantung daripada menghadiri sidang DUN sebagai langkah tegas untuk melindungi integriti institusi itu.

“ADUN berkenaan juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan rakyat atas fitnah yang tidak bertanggungjawab itu. Tuduhan liar ini bukan sahaja memalukan tetapi juga membuktikan kecederungan Pas untuk bermain politik fitnah demi kepentingan politik sempit mereka.

“Sebagai wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat, ADUN itu sepatutnya berpegang kepada prinsip kebenaran, bukannya menyebarkan maklumat palsu yang bertujuan mencemarkan imej PMX dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Menurut Fadzli lagi, tindakan seperti itu memperlihatkan politik terdesak Pas yang lebih gemar mencetuskan kebencian berbanding menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan ia perlu dihentikan serta-merta.

“Pas perlu mengakui bahawa era politik kebencian sudah berlalu dan rakyat kini menuntut kepimpinan yang telus, progresif dan memberi tumpuan kepada pembangunan.

“Kami berdiri teguh bersama PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menghalang usaha ini melalui politik kotor dan tidak bermaruah,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Love Money, Presiden Keadilan itu menduduki tempat ke-17 sebagai pemimpin terkaya di dunia.

Ini merujuk kepada pengistiharan harta PMX pada 2018 semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Port Dickson secara sukarela untuk mengistiharkan hartanya itu sebanyak RM11.2 juta.

Dalam sidang DUN itu beberapa wakil rakyat kerajaan juga meminta Yusni menarik balik kenyataannya kerana jumlah RM11.2 juta tidak mungkin boleh dianggap antara paling kaya di dunia.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah