Permohonan maaf tiada kaitan isu papan tanda, sebaliknya kemalangan babitkan pelancong China, Jepun – King Sing

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan, permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara itu.

King Sing berkata, permohonan maaf itu tiada kaitan sama sekali dengan isu papan tanda yang diperkatakan ketika ini.

“Saya memohon maaf (kepada mereka) atas kelemahan di pihak kami dalam memastikan keselamatan pelancong dan bukan sekadar memohon maaf tanpa alasan.

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan rumah untuk memastikan pelancong dapat menikmati percutian mereka dengan selamat dan gembira.

“Apabila pelancong datang ke Malaysia dengan harapan untuk bercuti tetapi berakhir dengan tragedi tidak diingini, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi mangsa serta ahli keluarga mereka,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Menurut King Sing, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) perlu mengambil langkah serius untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

Mengenai isu papan tanda, beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat berkomunikasi dengan peniaga secara baik agar perkara tersebut tidak dipanjangkan hingga mencetus ketegangan.

Selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa rakyat Malaysia ialah satu keluarga, beliau berkata, semua pihak seharusnya menjaga keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat, tanpa menimbulkan ketegangan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin yang cuba mencetuskan isu perkauman serta menjejaskan keharmonian rakyat.

Sebagai seorang pemimpin katanya, mereka sepatutnya bertindak dengan lebih bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mencipta masalah.

Dalam pada itu King Sing turut mempersoalkan peranan dimainkan Mas Ermieyati ketika memegang jawatan Timbalan Menteri (Motac) khususnya dalam meningkatkan kedatangan pelancong.

Ujar King Sing lagi, kerajaan kini bekerja keras dan berusaha untuk membantu peniaga kecil khususnya di tepi jalan supaya mereka dapat meningkatkan perniagaan dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga.

Selain itu, beliau juga amat terbuka untuk menerima sebarang teguran dan kritikan yang membina namun berharap semua pihak dapat bersatu hati dalam mencari jalan penyelesaian yang konstruktif.

“Jika saya melakukan kesilapan, saya akan dengan rendah hati mengakuinya dan memperbaikinya namun saya berharap kita tidak terus mencetuskan huru-hara dan ketegangan terutamanya dengan isu yang tidak membawa manfaat kepada negara.

“Saya memohon jasa baik semua untuk sama-sama melihat kesusahan rakyat dan fokus kepada kemajuan negara kerana kita harus menonjolkan imej serta contoh positif negara kita di mata dunia,” katanya.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

SEBERANG PERAI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan mempergiat usaha membendung penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat di media sosial sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja