Pegawai kadet UPNM terbabit kes buli dipecat, diarah bayar pampasan

PUTRAJAYA – Majlis Angkatan Tentera (MAT) bersetuju menamatkan pengajian lima pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terbabit dalam tiga kes buli di universiti itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pegawai kadet terbabit juga diwajibkan membayar pampasan kepada kerajaan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang telah ditanggung sepanjang tempoh pengajian mereka.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Khaled menjelaskan MAT mencapai keputusan itu semalam selepas menerima cadangan daripada Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

“ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima pelaku tersebut kepada MAT, termasuklah pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet (PK), pemberhentian kerja daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia yang dikira daripada keseluruhan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian.

“Tindakan yang dikenakan ini tidak tertakluk kepada tindakan lain yang diambil oleh pihak UPNM sendiri mahupun Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar