Zahid puas hati prestasi 7 menteri BN

PRESTASI menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) amat membanggakan walaupun sering ditohmah sebagai pelengkap kepada Kerajaan Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen dan kegigihan para pemimpin BN yang menganggotai Jemaah Menteri memang tidak boleh dipertikaikan walaupun dulunya ada yang pernah menjadi menteri tetapi kini menjawat jawatan timbalan menteri.

Pengerusi BN itu berkata, keutuhan gabungan itu menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.

“Ini yang kita mahu, biarpun ada wakil daripada BN ini menjadi timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan walhal dalam kerajaan dahulu pernah jadi menteri, tapi tak kisah dan tidak tunjuk putus asa, tetap bekerja,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid yaang juga Presiden Umno berharap semua anggota BN terus mengambil pendekatan melihat ke hadapan seterusnya memperkukuh semula gabungan itu yang menginjak usia 50 tahun penubuhannya tahun ini.

“Prestasi baik, pimpinan komponen pun cukup bersatu ketika ini, jadi saya harap dalam keadaan sekarang ini, cukup-cukup kita timbulkan masalah dalaman, lupakan titik bengik antara kita semua dan teruskan berpadu.

“Kita harus dominan pada pilihan raya akan datang, jadi bersatulah, jika kita ada masalah dalaman baik UMNO, MCA, MIC, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) malah Friends of BN, selesaikan (secara) dalaman, jangan bergaduh di khalayak,” katanya.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, BN akan berunding dengan rakan di dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendapatkan lima kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan bagi Pilihan Raya Umum ke-16 kelak.

Untuk rekod, BN memiliki satu kerusi di Wilayah Persekutuan iaitu Parlimen Titiwangsa yang disandang Datuk Seri Johari Ghani.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat