PPS hargai inisiatif Belanjawan Sabah 2025 untuk wanita

KOTA KINABALU – Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun menghargai usaha Kerajaan Negeri Sabah atas perhatian yang diberikan kepada wanita dalam Belanjawan Sabah 2025 menerusi tujuh inisiatif utama.

Beliau berkata, antaranya Program Pembangunan Wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk pelbagai program operasi dan pelaksanaan, Program Kredit Mikro oleh Yayasan Usaha Maju (YUM), Program Keusahawanan Wanita Muda (Perbadanan Pinjaman Sabah dan IDS), Komitmen peningkatan Wanita dalam Pembuat Keputusan, Pembangunan Usahawan melalui IKS dan Program Kesejahteraan Wanita dan Skim-Skim Bantuan (Ibu Tunggal dan Warga Emas).

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sentiasa melibatkan wanita dalam apa jua bentuk inisiatif ke arah pembangunan negeri Sabah yang berdaya saing, berdaya maju dan mampan.

“Secara keseluruhan, program-program dalam Belanjawan Negeri Sabah 2025 ini sangat penting dalam meningkatkan peranan wanita di Sabah yang turut menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan pemerkasaan wanita serta mengurangkan jurang gender bagi memastikan peluang yang adil bagi semua,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Menjunjung Kasih bersama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr Norlidah R.M. Jasni yang juga Penaung PPS di sini pada Sabtu

Tambah Azizah, apabila wanita diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya, mereka bukan sahaja dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga, tetapi juga dapat menjadi tulang belakang kepada pembangunan negeri.

“Saya berharap usaha untuk mencapai 30 peratus penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan dapat direalisasikan.

“Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah atas inisiatif dan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan hak dan kesejahteraan wanita di negeri ini,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar Bajet Sabah 2025 menjadi pemangkin untuk masa depan yang lebih cerah dan makmur bagi wanita di negeri Sabah.

Hadir sama Naib Presiden PPS, Annie Lourdes, Setiausaha Agung, Mariayati Kastari, Bendahari Agung, Norly Abdullah, Penolong Setiausaha Agung, Siti Harinah Mohd Dun serta ahli jawatankuasa PPS.

Dalam majlis tersebut turut diraikan yang bersara dari PPS terdiri mantan Naib Presiden, Nurliah Abdul Jalil; mantan Bendahari Agung, Noraini Damsik; ahli jawatankuasa Rokayah Salleh dan Datuk Seri Salmah Abdul Rahman.

Related Posts

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

SUNGAI PETANI – Pekerja sebuah kilang papan di sini gempar apabila menemui satu objek menyerupai bom tangan bersama sekeping nota berbaur ugutan di hadapan pintu masuk pejabat premis tersebut di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dengan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan pencapaian sifar miskin tegar negeri. EXCO Pembasmian Kemiskinan, V…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas