Maritim Lahad Datu tahan bot pam seludup beras, minyak peket dan tong gas

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran kerana menyeludup beras, minyak peket dan tong gas di sini pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata berdasarkan maklumat risikan yang diterima, bot ronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 3.45 pagi, kira-kira di 0.4 batu nautika Selatan Tanjung Batu, Felda Sahabat.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri dan mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan telah bertindak terjun ke laut.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua tong gas berwarna hijau, 17 bungkus minyak masak dengan anggaran berat 17 kilogram (kg), sembilan kampit beras dengan berat 90 kg dan lima kampit beras dengan berat 25 kg.

“Turut ditemui satu tiub hablur kristal disyaki dadah jenis syabu. Sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran berserta sebuah enjin pam juga dirampas,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Menurutnya, kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM8,500.

Jelas beliau, bot termasuk kesemua barang di bawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan seterusnya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Beras dan Padi 1994 serta Akta Dadah Merbahaya 1952.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar