Kos perjalanan PMX tiada rasuah pun!

SEORANG wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam, mempersoalkan kos perjalanan Perdana Menteri (PM) ke beberapa negara baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan melalui akaun media sosialnya (Tiktok), beliau memberi peringatan kepada PM Kesepuluh (PMX) bahawa itu boleh ditakrifkan sebagai rasuah.

Tiada makian atau carutan dalam kenyataan lisan rakamannya; tidak dinafikan itu.

Berbanding pembenci PMX yang sudah banyak menabur fitnah berkaitan isu itu, nada Mardhiyyah Johari lebih sederhana.

Sungguhpun demikian, beliau kelihatan gopoh kerana melihat isu itu tanpa menghadaminya.

Kelihatan ulasan beliau bergantung kepada laporan Berita Harian (BH) bertarikh 21 November 2024 semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu menerima bulat-bulat tulisan wartawan BH – Fahmy A. Rosli – kemudian merumuskan bahawa PMX telah mendedahkan dirinya kepada suatu kesalahan.

Allahurabbi, semudah itukah wakil rakyat itu melakukan justifikasi ke atas PMX yang bertungkus-lumus membina negara ini ke mercu kemakmuran?

Mardhiyyah orang berilmu dan ada latar belakang perundangan.

Beliau peguam dan sekarang wakil rakyat di DUN Kedah.

Dengan kedudukan itu, beliau ada pengikut dan kata-kata tentu diterima pakai terutama jika pengikutnya tidak ada sifat menapis sesuatu berita.

Yang Berhormat (YB) Mardhiyyah, dengar sini – PMX ke luar negara baru-baru ini langsung tidak melibatkan amalan rasuah.

Perjalanan PMX itu berlaku dalam satu rombongan yang melibatkan kerajaan dan pihak swasta.

Itu dilakukan untuk menjimatkan kos, antara yang utamanya, pengunaan pesawat sekiranya kerajaan bergerak bersendirian.

Masing-masing menangung kos – tiada pihak menaja pihak lain.

Kerajaan menanggung kos delegasi kerajaan, swasta menanggung kos delegasi swasta.

Ringkasnya, apabila kerajaan dan pihak swasta itu berkongsi rombongan, kos menjadi lebih rendah.

Itu faedahnya.

Angkanya ini – kos penuh (100%) urusan kerajaan, RM1.662 juta. Kos penuh (100%) urusan swasta pula RM4.5 juta.

Sekali lagi ditegaskan, kedua-dua pihak itu membayar kos masing-masing.

Apabila keseluruhan perbelanjaan itu digabungkan iaitu dikira sebagai 100 peratus, maka jumlahnya menjadi RM6.162 juta.

Oleh sebab itu, perbelanjaan kerajaan RM1.662 juta itu bernilai 27 peratus daripada keseluruhan kos rombongan kedua-dua pihak.

Perbelanjaan pihak swasta yang berjumlah RM4.5 juta itu pula, bernilai 73 peratus daripada kos rombongan itu.

Sekiranya kedua-dua rombongan itu bergerak berasingan ada kemungkinan kerajaan perlu tanggung sekitar RM6 juta, pihak swasta pun kena tanggung RM6 juta.

Yang mana lebih baik, berkongsi sewa penerbangan atau pergi berasingan sekalipun urusan dan lokasinya sama?

Itulah keadaannya, wahai YB Mardhiyyah.

Pembenci PMX yang lain pun sila hadam.

Kebencian melampau kamu selama ini telah menghitamkan fikiran kamu.

Bersihkan pemikiran itu semula agar kamu lebih waras.

Boleh begitu?

  • Related Posts

    Perlu dibaca

    MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

    MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

    54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

    54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

    Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

    Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

    Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

    Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

    Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

    Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

    R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

    R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat