Kerjasama UniMAP, Teraju jana pendapatan B40 menerusi projek D4C

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bekerjasama menerajui projek Driven for Community (D4C) yang memberi manfaat kepada golongan B40 di negeri ini.

Projek bernilai hampir RM1.75 juta di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 itu memfokuskan penanaman cendawan menggunakan sistem kelembapan optimum.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, seramai 24 peserta daripada golongan B40 di Kangar, Arau, dan Padang Besar terlibat dalam projek tersebut.

“Projek ini berjaya meningkatkan pendapatan, taraf hidup serta peluang pekerjaan masyarakat setempat melalui pendekatan inovasi teknologi,” katanya di Kampung Padang Siding, di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil penanaman pusingan pertama berjaya mencapai lebih 6,000 kilogram dengan jualan hampir RM60,000.

“Hasil ini sejajar sasaran meningkatkan 25 peratus pendapatan sampingan peserta setiap bulan melalui penggunaan teknologi sistem kelembapan optimum,” katanya.

Menurutnya, projek tersebut mendapat sokongan strategik daripada agensi seperti Jabatan Pertanian, Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan dan pemain industri seperti Oblong Burger-Seleraku Trading.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penyampaian Strategik Teraju, Mohd. Najib Jaafar berkata, pelancaran program ini menjadi pemangkin kepada inisiatif ekonomi yang lebih holistik dan mampan.

“Melalui pendekatan ini, usahawan dapat meningkatkan daya saing dan ketahanan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama strategik ini mencerminkan usaha bersepadu untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera di Perlis selaras aspirasi Malaysia Madani.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP