Kerajaan tak beri elaun kepada badan uniform parti politik – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak memberikan elaun kepada mana-mana badan uniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian elaun penugasan hanya diberikan kepada sukarela yang berdaftar di bawah agensi kerajaan mengikut kadar ditetapkan di bawah akta dan peraturan agensi berkenaan.

“Antara agensi kerajaan yang mempunyai anggota sukarelawan dan diberikan elaun penugasan adalah daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Justeru, pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik tidak berbangkit sama sekali.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif semua pihak dalam menyertai aktiviti kesukarelawan dalam membentuk jati diri masyarakat yang mampan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat pada Isnin.

Perdana Menteri berkata demikian menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang mahu penjelasan kerajaan berhubung dakwaan pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu