Lam Thye puji terjahan mengejut tanpa protokol Asyraf ke MRSM

KUALA LUMPUR – Inisiatif Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan tinjauan mengejut tanpa protokol di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara dipuji Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Ujar Lam Thye, semua isu di institusi pendidikan MARA itu berjaya dibongkar tanpa temu janji dirancang, sekali gus mengesahkan tanggapan orang ramai terhadap MRSM yang dipertanggungjawabkan di bawah Asyraf Wajdi.

“Semua ini dapat dibongkar kerana terjahan tanpa temu janji sebegini. Jika Pengerusi MARA melalui protokol sebagaimana membuat temu janji, memberitahu akan melakukan lawatan, sudah pasti segala kekurangan ini akan cuba disembunyikan dan tidak ada cela yang terkeluar daripada pengurusan MRSM.

“Terjahan ini memperlihatkan bahawa fasiliti di negara kita masih berada pada tahap kurang memuaskan dari aspek penjagaan dan penyelenggaraan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Lam Thye berkata selaku institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif kepada pelajar, MRSM seharusnya memastikan persekitaran berada dalam keadaan memuaskan bagi memastikan pelajar dijaga dengan baik.

Beliau berkata masalah kesihatan akibat keracunan makanan mahupun makanan yang kurang elok mendedahkan pelajar kepada risiko ancaman nyawa.

“Justeru, terjahan mengejut seperti ini boleh dilakukan di semua MRSM yang lain juga,” kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Lam Thye turut menyatakan sokongan penuh terhadap tinjauan mengejut #TerjahMRSM kerana langkah itu penting bagi memastikan setiap institusi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan pelajar menjalankan fungsi semaksimum mungkin.

“Selaku Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat yang mana aspek keselamatan dan kesihatan menjadi objektif utama kami perjuangkan, adalah menyedihkan melihat pelajar-pelajar terpaksa tinggal dalam keadaan fasiliti yang kurang baik seperti tandas pintu yang roboh dan sebagainya.

“Juga mengerikan apabila dilaporkan ada pelajar yang berpotensi boleh keracunan makanan kerana kualiti makanan yang disediakan oleh pihak kantin asrama,” katanya.

Katanya, keadaan seumpama bukan sahaja berlaku di MRSM Langkawi seperti yang dibuat baru-baru ini malah di banyak tempat juga.

Beliau mengulas video tular memaparkan tindakan Asyraf Wajdi membuat tinjauan mengejut di sebuah MRSM Langkawi tanpa memberikan notis kepada pihak sekolah terlebih dahulu.

Daripada video berkenaan, dilaporkan bahawa Asyraf Wajdi mengadakan lawatan mengejut ke MRSM terbabit untuk mengesahkan beberapa aduan dari netizen mengenai keadaan dewan makan, kualiti fasiliti, dan persekitaran sekolah yang dikhabarkan berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Related Posts

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat bagi pihak pendeposit adalah sah dan dilaksanakan dengan sempurna. TH dalam kenyataan berkata, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa