Kerajaan capai keputusan penting tangani kesesakan Tambak Johor

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencapai beberapa keputusan penting dalam usaha menangani kesesakan di Tambak Johor.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Haji Fadillah Yusof pada Isnin beberapa langkah penyelesaian berjaya disepakati.

Ujar Saifuddin, fokus utama mesyuarat ini adalah membincangkan dan membentangkan usaha menangani kesesakan di Tambak Johor.

“Fokus utama Kerajaan Madani dan KDN adalah menyelesaikan kesesakan, mempercepat proses sempadan, dan mempertingkat kerjasama serantau dan laluan Tambak Johor adalah salah satu keutamaan kerana jumlah kemasukan pengembara dijangka akan meningkat pada tahun depan.

“Komitmen Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor juga akan terus diperkukuhkan melalui perbincangan bersama Singapura demi mencari penyelesaian terbaik untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Turut hadir di mesyuarat ini adalah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz bin Ghazi; Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Pengangkutan dan Ekonomi.

Menurut Saifuddin antara langkah penyelesaian ialah pelaksanaan kod QR Imigresen.

“Penggunaan kod QR telah melalui proof of concept sejak 1 Jun 2024, melibatkan penumpang bas dan motosikal (80 peratus pengguna harian).

“Sistem imbas kod QR ini telah berjaya mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas pada waktu puncak daripada 120 minit kepada hanya 15 minit.

“Mesyuarat bersetuju untuk meluaskan penggunaan ini ke semua jenis kenderaan secara berfasa dan memuktamadkan perolehannya tahun ini,” kongsi beliau.

Selain itu, kata Saifuddin lagi menerusi Johor-Singapore Special Economic Zone (JD SEZ), peranan KDN sebagai agensi utama untuk pergerakan manusia dan barangan dibincangkan.

“Penempatan bersama (co-location) di ICQ/ICS akan menjadi penyelesaian jangka pendek sebelum sistem sempadan tunggal diwujudkan.

“Cadangan untuk menambah baik pelbagai jenis pas keluar masuk yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, terutama bagi mereka yang bekerja di Singapura dan menetap di JD SEZ.

“Juga inisiatif mengurangkan kesesakan di Tambak Johor. Daripada 52 inisiatif untuk mengurangkan kesesakan, 22 telah siap dilaksanakan (40 peratus), 10 peratus sedang berjalan, manakala selebihnya dalam perancangan,” kata beliau.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara