Program Santuni Madani rapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat

JITRA – Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Kampung Hilir, Kepala Batas dekat sini menjadi landasan untuk merapatkan hibungan antara perkhidmatan kerajaan dengan rakyat.

Melalui program ini rakyat akan dapat memaklumkan segala masalah yang mereka hadapi pada hari ini malah turut mendalami perkhidmatan Kerajaan Madani hari ini.

Peniaga, Muhammad Faizal Ismail, 38, berkata, menerusi program itu, rakyat bukan sahaja dapat mengenali pemimpin yang yang lahir atau dibesarkan di kampung berkenaan, tetapi juga didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan yang ada hari ini.

“Program Santuni Madani ini sangat bagus kerana pihak berkenaan dapat memperkenalkan segala dasar atau perkhidmatan hari ini kepada rakyat. Penduduk di kawasan ini juga ingin tahu apa bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan pada hari ini.

“Melalui program ini penduduk sangat gembira kerana mereka akan mengetahui segala maklumat atau dasar Kerajaan Madani hari ini dengan lebih terperinci. Program ini sangat meriah dan sepatutnya turut diadakan di kawasan lain juga.

“Bagaimanapun penduduk di sini sangat berterima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohammad Fauzi Md Isa yang mengambil usaha untuk menjayakan program ini di sini,” ujarnya.

Pengunjung, Nur Athirah Najwa Roslan, 25, pula berkata, dia sangat berterima kasih kepada pihak penganjur program berkenaan yang memilih neneknya sebagai antara penerima sumbangan zakat daripada TM.

“Nenek saya, Che Ah Awang, 75, kini kurang sihat dan sangat sesuai dia menerima zakat dari TM. Melalui bantuan ini sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban bagi menjalani kehidupan hari ini,” katanya.

Program Santuni Madani ini berjaya menarik pengunjung kira-kira 1,000 penduduk di sekitar kawasan ini yang datang sejak awal lagi.

Program ini diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi di kawasan Kampung Hilir dan dekat sinilah Mohammad Fauzi dilahir serta disekolahkan.

Program ini membuka mata kepada penduduk di sini bahawa walaupun belajar di sekolah luar bandar tetapi kejayaannya dalam akademik telah membawanya ke mercu kejayaan seperti yang dicapainya hari ini.

Kejayaan Mohammad Fauzi pasti akan menjadi ikon kepada penduduk di situ terutamanya generasi muda hari ini supaya menjadi contoh kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh .

Pada program itu, Mohammad Fauzi turut menyampaikan sumbangan zakat daripada TM dan barangan dapur keperluan asas daripada Pasaraya Econsave kepada lebih 20 penerima asnaf termasuk penduduk kampung.

Related Posts

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Satu lagi bukti UMNO ego dan tidak sedar diri, ulangi naratif perasan Abang Besar. Sukar tunduk pada parti lain walau sudah terpaksa melutut. UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi