Hukuman bagi kadet UPNM yang terlibat buli diketahui dua minggu lagi

KEPUTUSAN hukuman terhadap lima kadet Akademi Latihan Tentera (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam dua kes buli bulan lalu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hukuman itu, termasuk penyingkiran daripada akademi, denda dan pembayaran balik semua dana tajaan yang diterima semasa pengajian mereka, memerlukan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan (Mindef).

“Kementerian telah pun membuat keputusan berhubung kadet terbabit-mereka memang akan berdepan hukuman termasuk dibuang kerja, denda dan bayaran balik semua perbelanjaan yang ditanggung kerajaan sepanjang menjadi kadet di universiti, dan mereka mesti meninggalkan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

“Apabila hukuman itu disahkan oleh Majlis dalam tempoh dua minggu akan datang, keputusan adalah muktamad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sukarelawan Kota Tinggi di Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi di sini, malam tadi.

Khaled berkata, kementerian memandang serius insiden buli di UPNM dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat, termasuk individu yang menyembunyikan kes sedemikian.

“Sesiapa yang terlibat dalam kezaliman, buli dan penderaan akan berdepan hukuman berat, dan kami juga akan mengetatkan langkah terhadap mereka yang menyembunyikan atau gagal melaporkan kes buli,” katanya.

Beliau menegaskan menegaskan bahawa buli bukan sebahagian daripada latihan ketenteraan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan pegawai kadet.

“Saya ingin menjelaskan bahawa walaupun latihan ketenteraan sememangnya sukar, ia tidak melibatkan tindakan kejam seperti serangan menggunakan besi panas,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata, tiada rancangan untuk melarang penggunaan seterika di ALK-UPNM, walaupun perkakas itu kerap digunakan sebagai alat dalam insiden buli.

30 Oktober lalu, satu lagi kes buli dilaporkan, membabitkan seorang kadet yang mengalami kesan melecur di dadanya selepas didera dan dibuli penuntut senior dengan menggunakan seterika panas.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 22 Oktober lalu.

Laporan polis berhubung satu lagi kes penderaan turut diterima pada 10 November lalu, membabitkan seorang penuntut tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang, akibat dipijak pelatih senior dalam kejadian 21 Oktober lepas.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan