Primula Beach sahut saranan jayakan agenda keterjaminan makanan

KUALA TERENGGANU – Bagi menjayakan agenda keterjaminan makanan seperti dihasratkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, pihak pengurusan hotel Primula Beach Hotel melaksanakan projek fertigasi sawi di kawasan premis mereka.

Usaha itu sudah memasuki musim ke-enam dan berjaya menghasilkan sawi organik sepenuhnya yang digunakan untuk penghasilan pelbagai menu sihat di hotel berkenaan.

Pengurus Besar hotel itu, Suaibah Harun berkata, sebanyak 180 kilogram sawi dihasilkan melalui projek tanaman fertigasi melalui 200 polibeg, sehingga Oktober lalu.

“Usaha ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos pembelian bahan mentah serta sebagai tanda sokongan kami dalam mengamalkan kelestarian alam semula jadi dan mengurangkan jejak karbon dalam operasi harian hotel,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menambah 200 lagi polibeg untuk tujuan meningkatkan lagi hasil pengeluaran sawi melalui kaedah fertigasi di tapak penanaman hotel terbabit.

Katanya, inisiatif diambil pihaknya itu juga diharap dapat memberi inspirasi kepada organisasi lain di sekitar bandar Kuala Terengganu untuk menerapkan amalan lestari dalam operasi harian mereka.

“Melalui projek fertigasi ini, kita secara tidak langsung dapat membuktikan kaedah pertanian moden mampu membantu sektor perhotelan mengurangkan kos operasi tapi dalam masa yang sama dapat menyediakan bahan mentah berkualiti kepada tetamu,” jelasnya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan