Kerajaan Selangor terus beri ‘tonik’ kepada pelajar ke menara gading

KERAJAAN Negeri Selangor terus memberi ‘tonik’ dalam membantu pelajar di negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

Berdasarkan Belanjawan 2025 Selangor yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini, insentif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) masih diteruskan pada tahun depan dengan peruntukan RM3 juta.

“Bermula 2023, kerajaan negeri menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM3 juta bagi melaksanakan insentif HPIPT yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pendidikan.

“Ia membabitkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta yang diiktiraf bermula dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda,” katanya di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Menurutnya, pada 2023, sebanyak 6,023 permohonan diterima dan 3,000 pemohon berjaya mendapatkan bantuan HPIPT.

Amirudin menjelaskan, syarat kelayakan HPIPT ialah keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Antara syarat kelayakan HPIPT:
– pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
– pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
– pemohonan adalah pelajar tahun pertama sahaja
– setiap permohonan hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

‘Tonik’ Kerajaan Negeri Selangor turut memperuntuk dana RM10 juta khusus untuk mahasiswa dan pelajar negeri ini melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Dana itu merangkumi Geran Penyelidikan Negeri Selangor dengan peruntukan RM1 juta, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (RM8 juta) Program BITARA, biasiswa anak Selangor (RM1 juta).

Amirudin menegaskan, geran penyelidikan khusus kepada para penyelidik dari universiti awam bertujuan menggalakkan kajian terkini khususnya dalam bidang teknologi dan memberi manfaat kepada Selangor.

“Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan program ini (TKWBNS) untuk memberi peluang kepada anak-anak Selangor melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri meneruskan insentif pembiayaan pendidikan sebanyak RM8 juta bagi memastikan kebajikan mahasiswa terjamin,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan