Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil tindakan susulan pastikan kedaulatan negara terpelihara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan susulan bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Ini khususnya bagi menangani tuntutan atau cabaran daripada mana-mana pihak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, ia mengambil kira pengajaran daripada kes tuntutan pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu.

Satu daripada tindakan sudah diambil kerajaan adalah melalui pindaan Akta Timbang Tara 2005 yang diluluskan di Parlimen, Julai lalu.

“Ini antara sebab kenapa kita gubal satu akta baharu. Ia untuk menjamin kedaulatan negara dan supaya tidak boleh berlaku tuntutan dari negara asing terhadap mana-mana kawasan dan daerah di dalam negara kita, seumpama berlaku dalam kumpulan mendakwa mereka waris Sultan Sulu.

“Mengambil pengajaran daripada kes ini, akta terbabit sudah diluluskan di Parlimen,” katanya ketika melakukan kunjungan ke Balai Berita, di Bangsar pada Khamis.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan MPB, Rafiq Razali.

Pada Julai, kerajaan meminda Akta Timbang Tara 2005 dengan ia membabitkan langkah mempertingkat kerahsiaan bagi menjamin privasi dan integriti prosiding timbang tara, memperkemas prosedur bagi memelihara pengiktirafan dan kebolehkuatkuasaan anugerah timbang tara serta pengesahan pembiayaan pihak ketiga yang meluaskan akses kepada keadilan.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut memuji kejayaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dan pasukannya menggagalkan perancangan pihak tertentu yang ingin memajak Sabah.

“Kejayaan Datuk Seri Azalina dan pasukannya menghalang hampir setiap tuntutan di mahkamah utama di Eropah, menggagalkan perancangan puak ini juga menjadi pengajaran kepada sesiapa yang berhasrat untuk mengambil tindakan serupa.

“Saya pasti ada tindakan perundangan lain yang bakal dikenakan terhadap pelaku ini, tetapi kita ikut prosesnya,” lapor BH.

Semalam, Azalina menegaskan sebagai negara berdaulat, Malaysia akan melawan sebarang tuntutan dibuat pihak yang mendakwa waris kumpulan Sulu terhadap Sabah.

Ketegasan itu sebagai reaksi kepada kenyataan peguam utama yang kononnya mewakili kumpulan Sulu, Paul Cohen yang mendakwa kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis sebagai keputusan yang ‘makan diri sendiri’ dan kliennya kini bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah.

Azalina turut berkata, kenyataan kumpulan itu tidak masuk akal selain menegaskan Malaysia tidak sesekali teragak-agak untuk melawan dan mengambil tindakan sewajarnya, selepas mereka kononnya mendakwa bebas mengambil tindakan terhadap Sabah, termasuk kemungkinan memajak kepada negara lain seperti China atau Filipina.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan