TikTok beri jaminan tangani isu buli siber, scam dan fitnah di Malaysia

PENGENDALI platform media sosial TikTok memberi jaminan kepada kerajaan bahawa ia akan meneliti isu buli siber, penipuan dan fitnah di platformnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, komitmen itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew semasa pertemuan selama 30 minit di luar persidangan Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini, hari ini.

Anwar juga berkata TikTok menyuarakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sementara itu, beliau berkongsi, mereka turut membincangkan rangka kerja kawal selia media sosial Putrajaya yang antara lain akan menyaksikan platform seperti TikTok perlu mendapatkan lesen dan mematuhi garis panduan yang lebih ketat demi kepentingan pengguna.

“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman penipuan serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok.

TikTok memberi jaminan untuk melihat permasalahan ini dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, MCMC dan BNM,” katanya di laman X pada Khamis.

TikTok juga turut menonjolkan minat untuk membuat pelaburan di Malaysia, selaras dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.

“Kami turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan Madani dan TikTok di Malaysia dan mereka memberi perakuan melanjutkan pelaburan secara besar-besaran,” katanya.

Selain itu, TikTok turut menyuarakan sokongan penuh terhadap peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Terdahulu, dilaporkan mengenai pelaksanaan kerangka kawal selia baharu untuk media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak bercadang untuk menyekat akses kepada platform media sosial yang belum memohon lesen.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel