Pasar awam usang akan dinaik taraf termasuk di negeri pembangkang – Kor Ming

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, usaha itu meliputi pasar awam di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang seperti Kelantan dan Terengganu.

“Sebagai contoh, bagi negeri Terengganu, pembangunan Pasar Payang Kuala Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM81.2 juta yang meliputi pembinaan pasar sementara dengan peruntukan sebanyak RM12.2 juta.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk kerja menaik taraf Pasar Borong Gong Pauh, yang mana kerja naik taraf akan bermula pada tahun depan,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Kor Ming berkata, bagi negeri Kelantan, KPKT meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk menaik taraf Pasar Awam Siti Khadijah dan pelaksanaannya dijangka siap pada Januari ini.

Selain itu, KPKT juga meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 untuk menaik taraf Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan termasuk penyediaan bekalan air dan elektrik, pemasangan awning, pembinaan tandas serta sistem saliran longkang.

“Keseluruhan projek ini sudah siap sepenuhnya. Hal ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani sentiasa mengambil kira kebajikan dan keperluan semua negeri tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Kor Ming berkata, KPKT sudah menaik taraf 112 unit pasar awam sehingga 1 November lalu, melebihi sasaran tahunan yang ditetapkan iaitu 100 unit.

Sementara itu, katanya lagi, bagi tahun 2025, KPKT akan memperuntukkan sebanyak RM54.4 juta bagi membina gerai, membaik pulih prasarana pasar awam, serta menaik taraf gerai dan warung kecil di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI