Empat graduan PhD UUM seliaan Dr Rozaina naik pentas serentak

SINTOK – Prof Madya Dr Siti Rozaina Kamsani, pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) menyambut kejayaan empat pelajar Doktor Falsafah (PhD) seliaannya yang berjaya menaiki pentas serentak dalam Majlis Konvokesyen ke-37, pagi ini.

Pro-Canselor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah menyampaikan ijazah kepada Dr Annie Margaret (PhD Kaunseling), Dr Arafat Razali (PhD Pengajian Sosial), Dr Miftahul Jannah (PhD Psikologi) dan Dr Yusnita Ibrahim (PhD Kaunseling).

Ketika ditemui, Rozaina meluahkan rasa bangga dan terharu dengan kejayaan anak didiknya yang telah melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh pengajian.

“Saya harap ilmu yang diperoleh oleh graduan ini dapat dimanfaatkan dalam kerjaya mereka, serta memberi impak positif kepada masyarakat dan bidang kajian masing-masing,” katanya.

Rozaina turut berkongsi pengalamannya dalam menyelia pelajar antarabangsa, antaranya Dr Miftahul Jannah, pensyarah dari Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Indonesia.

Katanya, menyelia pelajar antarabangsa memerlukan pendekatan yang berbeza, termasuk memahami keadaan sosio-budaya serta cabaran kewangan pelajar yang membiayai sendiri pengajian mereka.

Selain itu, pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada proses penyeliaan.

Beliau menjelaskan bahawa pengumpulan data terpaksa disesuaikan dengan situasi semasa, termasuk perubahan kepada kaedah penyelidikan yang lebih bergantung kepada teknologi digital.

Menurutnya, kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama para graduan, tetapi juga mencerminkan kualiti penyeliaan dan program akademik UUM di peringkat antarabangsa.

“Graduan ini adalah duta UUM. Pencapaian mereka membuktikan kualiti penyelidikan dan komitmen yang tinggi dalam proses penyeliaan.

“Kejayaan mereka adalah hasil kerjasama dan komunikasi yang berterusan antara pelajar dan penyelia,” katanya.

Kejayaan ini memberikan inspirasi kepada pensyarah dan penyelia lain di UUM, serta menjadi bukti dedikasi dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh Prof Madya Dr Siti Rozaina Kamsani dalam membimbing pelajarnya mencapai tahap tertinggi dalam bidang akademik.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK