Projek IKR: 500 penduduk Kg Kuala Mungku zahir terima kasih, dapat balai raya baharu

KALABAKAN – Kira-kira 500 penduduk Kampung Kuala Mungku Ulu Murut menerima manfaat pelaksanaan Projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) iaitu pembinaan balai raya yang baharu diselaraskan Kerajaan Perpaduan menerusi Kementerian Ekonomi.

Ketua Komuniti Madani Kalabakan, Raili Kahar berkata, kewujudan balai raya ini sudah tentu memberi impak yang besar kepada penduduk terutama menjalankan aktiviti sosial kampung.

“Alhamdulillah, dapatlah banyak aktiviti seperti mesyuarat, program-program rakyat atau majlis boleh dibuat di balai raya ini dan selepas ini kami juga berharap agar kerajaan bantu kami lagi untuk membina jambatan gantung bagi memudahkan anak-anak ke sekolah dari kampung ini.

“Terima kasih kerajaan hari ini kerana membantu kami disini dan apa masalah kami dapat dimajukan kepada Persekutuan secara langsung,” katanya ketika ditemui sempena lawatan projek IKR oleh Setiausaha politik (SUPOL) Menteri Ekonomi, Che Zam Hamzah di sini, pada Rabu.

Selain projek IKR, Che Zam turut melawat projek ‘People Centric’ Masjid Pekan Kalabakan dan cadangan untuk pembinaan dewan terbuka di Sekolah Kebangsaan Ulu Kalabakan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Supian Siriwan, 50, turut gembira kerana pembinaan balai raya adalah bangunan yang sangat diperlukan di sesebuah kampung.

“Syukur juga projek ini memang sangat membantu kami penduduk kampung jadi saya harap balai raya ini dapatlah dinaik taraf lagi dengan menambah kemudahan lampu serta kipas,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak