Kadet UPNM cederakan junior dengan seterika berdepan hukuman diberhentikan, bayar balik wang tajaan – Khaled

KUALA LUMPUR – Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa di mahkamah kerana mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas bakal berdepan hukuman termasuk diberhentikan pengajian dan membayar balik semua wang tajaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Lembaga Siasatan telah selesai menyiasat kes berkenaan dan hukuman terhadap kadet itu akan ditentukan hari ini.

“Kementerian tidak akan kompromi dalam perkara ini dan mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikannya daripada menjadi kadet.

“Kita juga akan menuntut balik bayaran tanggungan yang kita telah berikan sepanjang individu itu menjalani latihan sebagai kadet di ALK-UPNM,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Nasional 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.

Dalam pada itu, Khaled berkata pihaknya mengamalkan keterbukaan membabitkan kegiatan buli dan akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan membabitkan sebarang perlakuan berkenaan.

“Kita (Kementerian Pertahanan) akan bekerjasama dengan semua pihak, ia kerana kita mempunyai hukuman yang terbatas, paling maksimum ialah untuk memecat daripada menjadi kadet,” katanya lapor Bernama.

Pada 8 Nov, pegawai kadet ALK-UPNM Amirul Iskandar Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas, 22 Oktober lepas.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika berkenaan di akademi itu di UPNM, Kem Sungai Besi, Cheras di sini pada 11.45 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan