Sorok kes buli di institusi MARA, pengetua juga berdepan tindakan – Asyraf

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi amaran kepada institusi pendidikan MARA agar tidak menyembunyikan kes buli.

Asyraf memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan beliau untuk mengambil tindakan terhadap pengetua institusi pendidikan MARA jika didapati menyorokkan kes buli.

“Jangan sesekali ada Institusi Pendidikan MARA termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang sorok kes buli.

“Timbalan Perdana Menteri telah arahkan saya, jika ada kes buli disorokkan maka tindakan akan turut diambil ke atas pengetua terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Menurut Asyraf, sebelum ini beliau sudah tegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM, IKM, KKTM, KPTM, UniKL, UPTM.

“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA; “You touch you go!”.

“Malah jika saya dapat maklumat ada usaha menyorokkan maklumat dan menutup kes-kes berkaitan buli atas apa jua alasan, TPM Zahid telah mengarahkan saya untuk turut ambil tindakan tegas termasuk menukar pengetua, pengarah MRSM atau IPMA terbabit,” katanya.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan