Anwar bertemu PM Lubnan, Putera Mahkota Kuwait bincang kekejaman rejim Zionis

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan beliau dari Lubnan, Najib Mikati dan Putera Mahkota Kuwait, Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Riyadh, Arab Saudi, petang ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini berkata pertemuan itu akan berlangsung sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di ibu negara Arab Saudi, dengan agenda pertemuan dijangka menyentuh isu kekejaman rejim Zionis dan ketegangan di rantau Asia Barat.

PMO berkata, dalam pertemuan empat mata dengan Najib itu, Perdana Menteri akan menyatakan sokongan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan Israel.

“Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel sehingga mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) cedera di selatan negara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri juga bakal membincangkan cadangan mengusir Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait pula, PMO berkata Anwar dijangka berbincang mengenai kerjasama Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) memandangkan Malaysia selaku Pengerusi Asean 2025 bakal menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak berkenaan tahun depan.

Anwar tiba di Riyadh dari Kaherah, Mesir pagi ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

Beliau dijadualkan kembali ke Kaherah untuk meneruskan siri libat urus yang dirancang terlebih awal dengan delegasi Malaysia dan Mesir.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian