Suspek buli pegawai kadet UPNM guna seterika didakwa pagi ini

SUSPEK kes dera dan buli terhadap seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan dituduh di mahkamah, pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8 pagi.

“Kes pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan membabitkan kes buli pelajar UPNM,” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.

Katanya, pertuduhan membabitkan seorang pelajar senior UPNM berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan dirakam keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.

Pelajar itu adalah antara 16 individu yang dirakam keterangan oleh polis dalam siasatan kes itu.

Dalam kejadian jam 11.45 malam 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa didatangi pegawai senior yang juga suspek sebelum mangsa diminta menggosok bajunya.

Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan melecur dan menjerit kesakitan.

Mangsa membuat laporan polis pada malam Jumaat lalu (1 November) dan keterangan daripadanya juga sudah direkodkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu