Bandar raya Alor Setar kini makin sunyi dan sepi

ALOR SETAR – Bandar raya Alor Setar dikatakan kini sudah berusia 289 tahun dan sewajarnya ia menjadi lebih moden setanding bandar raya lain di Malaysia.

Bandar raya ini ditubuhkan pada 1735 dan difahamkan ia merupakan bandar raya yang lebih tua daripada ibu negara Amerika Syarikat iaitu Washington DC dan Sydney di Australia.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, bandar raya Alor Setar yang dahulunya meriah tidak kira siang atau malam kini dikatakan semakin sunyi dan sepi.

Mungkinkah kesilapan perancangan kerajaan negeri hari ini menyebabkan bandar raya Jelapang Padi ini kian terpinggir?

Penduduk yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Zuraidi Rahim berkata, Alor Setar pada hari ini terutamanya pada waktu malam seperti ‘pekan hantu’ yang sunyi tanpa ada sebarang aktiviti yang boleh dibanggakan.

Katanya, tiada perancangan yang bijak oleh kerajaan negeri hari ini untuk menggamit pelancong datang melawat menyebabkan bandar raya ini sepi.

“Oleh itu tidak hairanlah bandar raya Alor Setar hari ini kian sunyi dan sepi serta apa yang ada pada hari ini adalah warisan dari kepimpinan sebelum ini. Memang sangat menyedihkan apabila kita keluar pada waktu malam tiada aktiviti yang boleh dilakukan.

“Ekonomi di bandar raya ini pula semakin lesu dan banyak kedai sudah tutup kerana kurangnya mendapat sambutan. Jika masalah ini berlarutan bagaimana perancangan kerajaan negeri untuk menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 nanti,” katanya.

Jelasnya lagi, kedudukan bandar raya Alor Setar yang terletak di tengah perjalanan di antara Alor Setar-Thailand adalah strategik. Sekiranya adanya tarikan pelancong yang datang dari luar sudah pasti mereka akan bermalam di sini sebelum mereka bertolak ke negara jiran.

“Bagaimanapun pada hari ini adalah sebaliknya apabila ramai pelancong tempatan dari luar yang perjalanan ke negara jiran tidak bermalam di Alor Setar tetapi terus ke Thailand.

“Keadaan malam sunyi tanpa aktiviti yang menarik menyebabkan berduyun-duyun pelancong luar sanggup berbaris panjang di lebuh raya untuk masuk ke Thailand. Inilah kesan jika rakyat Kedah silap memilih pemimpin yang dahulunya berjanji bulan dan bintang,” katanya.

Menurut Zuraidi lagi, dahulunya Pekan Rabu yang menjadi ikon tarikan pelancong ke Alor Setar kini suasananya semakin lesu seolah-olah kompleks perniagaan yang mati.

Kurangnya pelancong yang datang ke bandar raya ini sangat memberi impak kepada peniaga di situ dan ini jelas apabila ramai peniaga di situ mengeluh perniagaan mereka hari ini.

Bagi Imran Ahmad pula berkata, setiap hujung tahun Alor Setar pasti akan dikunjungi oleh seluruh penduduknya yang akan memeriahkan liga bola sepak Malaysia.

Stadium Darul Aman menjadi pertemuan anak jati Kedah untuk memberi sokongan kepada pasukan Hijau Kuning pada setiap kali perlawanan.

Setiap kali jaringan dari pemain Kedah pada malam itu sudah pasti akan menggegarkan bandar raya Alor Setar dengan laungan Hijau Kuning daripada penyokongnya kira-kira 30,00 penonton itu.

“Bagaimanapun pada hari ini pasukan Kedah yang mengalami kemelut dalaman turut menggores perasaan rakyat Kedah yang amat sayangkan pasukan bola sepak Hijau Kuning.

“Sukan bola sepak adalah ibu segala sukan di Kedah ini tetapi kelemahan kerajaan hari ini dalam percaturan menyebabkan pasukan bola sepak Kedah kian hancur. Dalilnya setiap kali perlawanan bola sepak sambutan daripada penyokong adalah sangat diingin,” katanya.

Related Posts

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

SHAH ALAM – Penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam bakal dikenakan tambang bermula hari ini selepas menikmati perkhidmatan percuma selama enam minggu. Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam supaya menghayati dan memahami intipati Khutbah Jumaat bertajuk ‘Ihsan Terhadap Makhluk Allah SWT’ yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

Menongkah arus politik kaum, PKR mahu jadi parti rakyat – Anwar

Menongkah arus politik kaum, PKR mahu jadi parti rakyat – Anwar

Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati