Festival of Lights Kuantan 188 jadi acara tahunan

KUANTAN – Kejayaan penganjuran kali pertama Festival of Lights sempena sambutan Deepavali oleh Kuantan 188, hujung minggu lalu memberi semangat kepada pihak pengurusan untuk menjadikan festival itu sebagai acara tahunan.

Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman berkata, sambutan diterima daripada pengunjung sangat menggalakkan dan melepasi sasaran ditetapkan pihaknya.

“Ini adalah hasil kerjasama rapat dengan pihak penaja dan juga penduduk sekitar bandar raya Kuantan.

“Jadi, kami fikir memang ada keperluan untuk menjadi Festival of Lights sebagai antara acara tahunan di Kuantan 188,” katanya.

Antara penaja yang terbabit secara aktif dalam penganjuran festival itu adalah Golden Appam Corner, Armos Cafe dan Majlis Belia India Pahang.

Festival bermula 25 hingga 27 Oktober lalu itu menyaksikan kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum menyertai pelbagai acara disediakan pihak Kuantan 188.

Antaranya Diwali Bazaar, Pani Puri Eating Battle, Pertandingan Tarian Kebudayaan Masyarakat India, K188 Mr & Ms Diwali dan K188 E-Battle Madani Ladies Tournament.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian