
Oleh: Hidayatun Nuffus (Pelatih UPM)
DENGAN sukacitanya diumumkan bahawa semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kini layak menerima e-Baucar Buku bernilai RM100. Bagi Fasa 2, baucar ini akan mula disediakan kepada pelajar IPT pada 30 Oktober 2024. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT Malaysia.
Maklumat Lanjut Mengenai e-Baucar Buku IPT seperti berikut;
Pengenalan e-Baucar buku Untuk Pelajar IPT
Inisiatif e-Baucar Buku oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertujuan untuk mendorong minat membaca dan cinta kepada ilmu dalam kalangan pelajar IPT. Dengan nilai RM100, baucar ini boleh digunakan untuk membeli buku, sekali gus diharapkan dapat menyemai budaya membaca dan memperkukuh industri buku akademik serta wacana ilmiah dalam negara.
Pelaksanaan Baucar Buku Fasa 1 & Fasa 2
FASA 1 (JUN-SEPTEMBER 2024)
- Bagi fasa pertama, penyaluran akan dilaksanakan melalui kaedah e-baucar dan KPT akan menawarkan 50,000 e-baucar sebagai menyokong PBAKL 2024.
- Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training (kendalian KPT), bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi.
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara dalam talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi sahaja.
NOTA: Permohonan e-baucar buku fasa pertama telah pun ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka. Permohonan fasa pertama ini telah dibuka pada 1 Jun 2024 yang lalu.
FASA 2 (OKTOBER-DISEMBER 2024)
- Pelaksanaan fasa kedua bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024
- Penyaluran baucar buku IPT ini adalah melalui platform MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my bermula 30 Oktober 2024
- Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja
- Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100
Panduan Semakan Kelayakan dan Penebusan
Untuk menyemak kelayakan sama ada anda layak atau tidak menerima e-BaucarBuku, sila rujuk langkah-langkah berikut:
- Layari portal rasmi MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, no matrik dan jenis institusi Pengajian Tinggi >> Klik Semak Kelayakan.
- NOTA: Majlis peluncuran MySISWAPLACE akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 29 Oktober 2024. Portal ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Cara Memohon & Menebus e-Baucar Buku IPT & IPG
- Semak kelayakan di portal rasmi berikut: https://mysiswaplace.my
- Masukkan no kad pengenalan, no matrik dan jenis IPT.
- Kod akan dijana selepas semakan dibuat di portal rasmi GREaT.
- Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital tersebut.
- Sah untuk satu kali transaksi pembelian sahaja.
NOTA: Platform ini akan dibuka bermula 30 Oktober 2024 untuk penebusan.
Tempoh Pembelian Buku
Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku sehingga 31 Disember 2024.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pelajar boleh merujuk portal rasmi atau mengikuti laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.








