Ahli Parlimen perlu buat pemeriksaan kesihatan

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengingatkan Ahli Parlimen yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan supaya segera berbuat demikian sebelum tarikh akhir 11 November ini.

Johari berkata, jika Ahli Parlimen gagal menjalani pemeriksaan yang diwajibkan itu, beliau akan memuat naik nama Ahli Parlimen terbabit ke dalam portal Parlimen.

“Setakat ini, masih terdapat Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Tarikh akhir untuk menghantar laporan kesihatan masing-masing adalah pada 11 November 2024, iaitu tinggal 12 hari lagi.

“Justeru, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakannya dengan kadar segera.

“Yang Berhormat boleh menghubungi pegawai perubatan Parlimen berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 17 Julai lalu, Johari memaklumkan, semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November ini.

Katanya, pemeriksaan kesihatan itu akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen atau di fasiliti swasta.

Related Posts

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang merangka tindakan jangka panjang bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi perubahan struktur demografi apabila negara dijangka menjadi negara sangat tua menjelang 2060.  Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

KUALA LUMPUR – Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi, hari ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti