Program Sejati Madani libatkan semua kampung seluruh negara tanpa kecuali – PMX

PADANG RENGAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa perlaksanaan Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) bagi mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi akan melibatkan kesemua kampung seluruh negara tanpa ada terkecuali.

Menurutnya, Sejati Madani adalah satu rencana baharu yang kerajaan lakukan sebagai satu tanggungjawab dan cabaran secara langsung diberikan kepada pihak bertanggungjawab untuk menyusun program menerusi peruntukan yang diberikan dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan kemajuan dan ekonomi perkampungan.

“Menerusi Sejati Madani ini, kita bagi satu tanggungjawab dan cabaran langsung kepada orang kampung (dengan peruntukan) paling minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000.

“Imamnya, ketua kampungnya, penghulunya, persatuan belia, wanita (kampung) dan jawatankuasa masjidnya, kome (kamu) duduklah runding betul-betul.

“Teman (Anwar) bagi dana, kome putuskan apa yang nak buat bagi kepentingan orang kampung. Ada yang beli traktor, ada yang beli bot, tetapi keputusan itu bukan keputusan individu tetapi keputusan wakil masyarakat kampung yang boleh menghidupkan ekonomi,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas di sini pada Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengarah Pembangunan Negeri (ICU) Perak, Mazlan Zurin Zulkifli dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim.

Justeru Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta masyarakat kampung membuat keputusan dengan sebaik-baiknya kerana peruntukan keseluruhan RM1 bilion yang disediakan bagi inisiatif itu pada Belanjawan 2025 adalah amanah.

“Wang ini amanah, kalau kata tak cukup, tidak betul. Belanja untuk bantu orang miskin ini libatkan puluhan ribu ringgit,” katanya.

Lebih 3,000 pengunjung menghadiri majlis anjuran ICU Perak ini yang turut melaksanakan jualan rahmah, pameran program Sejati Madani, potongan saman 50 peratus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pemberian sebanyak 2,500 topi keledar secara percuma.

Ianya turut diserikan dengan persembahan oleh artis M Nasir dan Mawi.

Program Sejati Madani berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan komuniti dan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih mampan.

Dengan inisiatif dalam sektor pertanian, penternakan, jahitan, dan perniagaan, program ini membuka peluang untuk rakyat meraih pendapatan lebih baik.

Sejati Madani berkomitmen untuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalam pembangunan ekonomi, mewujudkan ekosistem yang menguntungkan semua.

Terdahulu, Anwar telah mengadakan lawatan kerja ke Pendusunan Ulu Kongsor, Padang Rengas untuk meninjau sendiri projek pembinaan jalan dusun di situ.

Pembinaan jalan dusun baharu sepanjang tiga kilometer itu bernilai RM1.3 juta dan akan memberi manfaat besar terutama kepada penduduk kampung terutama pemilik dusun di situ.

Ulu Kongsor adalah kawasan agropelancongan seluas 800 ekar meliputi 13 kawasan tapak perkhemahan, kawasan rekreasi dan dusun-dusun durian, getah serta kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

Ujarnya, projek projek ini akan meningkatkan akses pelancong ke kawasan dusun apabila ia siap pada hujung tahun ini, sekali gus melonjak pembangunan ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

Related Posts

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel dan bas terpilih kendalian Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bermula 30 hingga 31 Ogos ini bagi memudahkan pergerakan orang ramai sempena Sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor merancang membangunkan indeks kehidupan bermaruah bagi mengukur tahap kehidupan rakyat serta menilai keberkesanan bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada isi rumah. Menteri Besar Selangor, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Rapid KL lanjut operasi rel, bas 24 jam sempena Hari Kebangsaan

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Selangor bangunkan indeks kehidupan bermaruah ukur tahap kehidupan rakyat

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

Carrick nafi United diberi layanan istimewa

SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang

SPRM tahan pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk di Pulau Pinang

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah diperintah bela diri kes rasuah REE

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah diperintah bela diri kes rasuah REE